Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
189 lagi rakyat Malaysia dihantar pulang dari India
Diterbitkan:  Mar 24, 2020 12:01 PM
Dikemaskini: 4:01 AM

KORONAVIRUS l Pesawat yang membawa 189 lagi rakyat Malaysia yang terkandas di India, berlepas dari Chennai dengan penerbangan khas AirAsia pada Selasa.

Satu lagi pesawat sewa khas yang dirancang dari Tiruchirappalli gagal mendapat kelulusan kerajaan India "disebabkan keadaan yang tidak dijangka," kata konsul jeneral Malaysia di Chennai K Saravanan.

Seramai 1,726 rakyat Malaysia berada dalam senarai konsulat untuk dipindahkan pada Isnin.

"Konsulat sentiasa memantau keadaan dan kami memberi jaminan kepada rakyat Malaysia yang terkandas, kedua-dua kerajaan sedang bertungkus lumus untuk membawa anda pulang bertemu insan tersayang," kata Saravanan kepada Bernama.

Kira-kira 400 rakyat Malaysia telah berhubung dengan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi.

Seramai 189 yang dibawa pulang dari Chennai itu termasuk tiga bayi.

Menerusi lima penerbangan khas sejak 18 Mac, seramai 699 rakyat Malaysia dibawa pulang, selepas mereka terkandas akibat larangan penerbangan yang dikuatkuasakan kerajaan India bagi membendung penularan wabak COVID-19.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS