Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Bertenang, beli roti ikut keperluan, nasihat Gardenia
Diterbitkan:  Mar 24, 2020 11:43 AM
Dikemaskini: 3:43 AM

Gardenia Bakeries(KL) Sdn Bhd terus membekalkan roti keluarannya ke pasar raya dan kedai-kedai seperti biasa semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pengeluar roti terkemuka itu dalam satu kenyataan hari ini menggesa pengguna supaya tidak membeli secara berlebihan.

“Kami meminta semua pelanggan agar bertenang dan membeli mengikut keperluan biasa dan berdasarkan penggunaan harian.

“Gardenia bersama-sama anda dalam keadaan ini dan yakinlah kami sedang berusaha, beroperasi 24/7 untuk meningkatkan pengeluaran kami bagi memenuhi keperluan pengguna.

“Terima kasih atas kerjasama dan sokongan berterusan anda semua. Untuk maklumat lanjut sila e-mel kami di [email protected]," katanya.

Pengeluar roti itu mendedahkan dalam halaman Facebooknya semalam bahawa ia tidak akan dapat meningkatkan bekalan produknya dalam pasaran.

Dalam satu kenyataan ringkas di dalam ruangan komen halaman Facebooknya semalam, Gardenia berkata ini adalah kerana kilang-kilangnya sudahpun mencecah nilai ambang maksimum pengeluaran.

Tinjauan di beberapa pasar raya dan kedai serbaneka di sekitar bandar raya mendapati bukan Gardenia sahaja malah jenama lain turut laris jualannya sejak pelaksanaan PKP.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS