Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Banjir: 18 orang dipindahkan di Alor Gajah
Diterbitkan:  Mar 24, 2020 11:24 AM
Dikemaskini: 3:24 AM

Seramai 18 orang daripada lima keluarga dipindahkan di Alor Gajah dekat Melaka akibat banjir sehingga pukul 8 pagi tadi, kata Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Alor Gajah Kapten (PA) Aljibin Suddin.

Aljibin yang juga Pegawai Pertahanan Awam Daerah Alor Gajah berkata 13 mangsa daripada tiga keluarga ditempatkan di Balai Raya Bukit Balai, manakala lima mangsa daripada dua keluarga ditempatkan di Balai Raya Bukit Tambun.

"Punca banjir dipercayai hujan lebat turun selama beberapa jam bermula dari pukul 4 petang semalam mengakibatkan perparitan dan longkang dipenuhi air dan melimpah.

"Jumlah mangsa masih dalam proses pendaftaran. Cuaca hari ini baik dan cerah," katanya menerusi kenyataan hari ini.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS