Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Indonesia buka hospital sementara tangani Covid-19

Indonesia menjadikan Wisma Atlet Kemayoran, yang pernah menjadi Perkampungan Sukan Asia 2018, sebagai hospital sementara untuk pesakit Covid-19.

"Wisma Atlet ini memiliki kapasiti memuatkan 24,000 orang (pesakit), dan saat ini sedang disiapkan untuk pesakit, doktor, para petugas kesihatan dan pengurusan," kata Presiden Indonesia Joko Widodo (Jokowi), yang meninjau hospital itu hari ni.

Video lawatan presiden itu dikongsi di youtube Sekretariat Presiden di https://youtu.be/yWSdjoP3AKA.

"Boleh beroperasi petang ini, tapi berharap tidak digunakan, maksudnya tak berlaku ramai pesakit," kata Jokowi.

Menurut Jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan Covid-19, Achmad Yurianto, dikhuatiri lebih 600,00 warga Indonesia berisiko positif virus Covid-19.

Katanya jumlah kes positif boleh atau berkemungkinan meningkat drastik berdasarkan "contact tracing" mereka yang positif dengan orang sekitar mereka sebelum ini.

Berdasarkan data hari ini, Achmad berkata 65 kes positif baharu dilaporkan, menjadikan kes positif setakat ini berjumlah 579, berbanding 514 kes semalam.

"Satu lagi kematian dicatatkan berlaku hari ini, menjadikan jumlah kematian akibat virus itu, kini seramai 49 kes," katanya.

-Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS