Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Firma pengangkutan bingung dengan arahan bercanggah k’jaan
Diterbitkan:  Mar 23, 2020 5:45 PM
Dikemaskini: 9:56 AM

Syarikat pengangkutan atau penghantaran kargo memohon penjelasan memandangkan ahli-ahlinya berdepan tindakan penguatkuasaan yang tidak konsisten daripada pihak berkuasa.

Dalam satu kenyataan hari ini, Persekutuan Penghantar Fret Malaysia (FMFF) berkata kerajaan perlu menjelaskan sama ada perkhidmatan logistik dianggap sebagai "perkhidmatan penting (essential)" atau sebaliknya.

Presiden FMFF Alvin Chua berkata terdapat arahan yang bercanggah oleh kementerian-kementerian kerajaan yang berlainan, hingga mengakibatkan kekeliruan oleh pembekal gudang dan perkhidmatan pengangkutan berhubung tafsiran yang berbeza mengenai arahan oleh agensi penguatkuasaan.

Chua berkata FMFF telah menulis kepada Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Dalam Negeri untuk pencerahan tetapi tidak gagal mendapatkan jawapannya.

"Lembaga Pelabuhan Klang bersetuju bahawa perkhidmatan logistik adalah perkhidmatan penting tetapi tindakan agensi penguatkuasaan seolah-olah mencadangkan sebaliknya.

"Lori kami telah ditahan dan diberitahu supaya mematuhi peraturan oleh pihak polis yang membuat sekatan bahawa pemandu mesti mempunyai pas pelepasan dan memberi bukti bahawa mereka telah pergi ke klinik / hospital kerajaan untuk menjalani ujian saringan Covid-19, dengan pengesahan / cap oleh klinik / hospital, (dan) bahawa pemandu atau syarikat perlu mendapatkan kelulusan dari MKN untuk mengangkut barang, (dan) bahawa hanya ubat dan makanan yang dibenarakan diangkut.

"Tindakan dan keperluan yang membingungkan dan bercanggah ini menjadi-jadi dan bertentangan dengan pengumuman oleh MITI (Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri) bahawa kelulusan untuk perkhidmatan logistik telah diberikan kepada pengeluar barangan keperluan dan barangan bukan keperluan yang diluluskan oleh MITI.

"Kita kemudiannya ada pengumuman oleh menteri pertahanan yang berkata bahawa kita memerlukan pas pelepasan kerja yang dikeluarkan oleh majikan kepada kakitangan untuk melakukan perjalanan ke tempat kerja.

"FMFF telah menulis kepada MOT dan MOHA untuk mendapat kelulusan untuk mengeluarkan pas kerja kepada ahli dan kakitangan kami untuk bekerja dan kami masih belum menerima sebarang jawapan daripada kedua-dua agensi ini," kata Chua.

Katannya, bahawa masalah itu terus diburukkan lagi dengan barang-barang yang diimport sebelum PKP tetapi kini tersadai di pelabuhan jika ia bukan berada di bawah senarai yang diluluskan.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS