Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
75 peserta ijtima Tabligh dari Johor belum serah diri - Polis

Terdapat 75 individu dari negeri ini yang menghadiri Perhimpunan Ijtima Tabligh di Masjid Sri Petaling, masih belum “menyerah diri’ bagi menjalani pemeriksaan kesihatan.

Ketua Polis Johor Ayob Khan Maydin Pitchay berkata jumlah ini turut melibatkan 29 orang warga Bangladesh, 10 Rohingya dan lapan Thailand.

Beliau berkata mereka merupakan sebahagian daripada 1,450 jemaah tabligh dari Johor yang menghadiri perhimpunan berkenaan.

“Daripada itu jumlah tersebut (1,450 orang), 1,375 telah dikesan serta menjalani saringan kesihatan dengan 1,346 orang didapati negatif manakala 29 positif, satu maut dan satu kritikal,” katanya pada sidang media selepas melakukan lawatan ke lokasi OP Covid-19 di Jalan Tampoi Lama, di Johor Bahru, hari ini.

Katanya, sehubungan itu, polis menyeru mereka yang belum berbuat demikian agar membuat pemeriksaan saringan kesihatan di klinik dan hospital berdekatan secepat mungkin.

“Saya nak tegaskan bahawa kita akan cari mereka ini sampai ke lubang cacing. Jadi sekarang, eloklah mereka serah diri, buat saringan kesihatan,” katanya.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS