Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
2 dikhuatiri tertimbus tanah runtuh di kaki Gunung Jerai

Dua individu dikhuatiri tertimbus sedalam kira-kira 12 meter, dalam kejadian tanah runtuh di kaki Gunung Jerai di Gurun, Kedah petang tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penolong Kanan Pesuruhjaya Bomba Sayani Saidon berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 6.28 petang yang memaklumkan mengenai kejadian itu, sebelum tiba di lokasi dua minit kemudian.

"Menurut maklumat awal yang diterima, dipercayai terdapat dua mangsa yang berkemungkinan tertimbus di kedalaman 40 kaki (12 meter).

"Mangsa yang terlibat dipercayai sedang melakukan aktiviti penggalian di kawasan tersebut," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata tempat kejadian berkenaan merupakan kawasan tapak projek perumahan.

"Usaha pencarian sedang dijalankan oleh pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Guar Chempedak," katanya.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS