Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Noor Hisham: Kaedah digunakan Kementerian Kesihatan berdasarkan bukti, data

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah dilihat menjarakkan kementerian itu daripada dakwaan bahawa wabak Covid-19 dapat dihalang dengan amalan minum air suam.

Noor Hisham berkata kaedah yang digunakan Kementerian Kesihatan dalam pengurusan dan rawatan pesakit adalah berdasarkan bukti.

"Perubatan berasaskan bukti adalah salah satu tunggak (Kementerian Kesihatan) dari segi penggunaan kaedah (rawatan), sebelum kita boleh menanggapi sebarang isu berkaitan kaedah tertentu.

"Secara umum...keputusan kita untuk menguruskan dan merawat pesakit adalah berdasarkan sains dan data.

"Kita perlu melihat kajian dan data sebelum kita membuat apa-apa dakwaan penting," katanya dalam sidang media di Putrajaya, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan Menteri Kesihatan bahawa jangkitan Covid-19 dapat dihalang dengan meminum air suam.

Adham dalam program Bicara Naratif

"Virus ini tak suka panas...Virus ini akan dinyahkan, disingkir, dan di perut. Kalau masuk perut ada asid, dia kalah.

"Yang penting kita mesti singkirkan virus ini dari kerongkong sebelum dia boleh masuk ke paru-paru. Virus ini dia suka paru-paru bawah," katanya ketika program Bicara Naratif yang disiarkan di RTM pada Khamis lalu.

Dakwaan itu juga telah disangkal oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia sebelum ini.

Nasihat Adham itu juga disangkal pakar bedah Dr Amalina Bakri, yang berkata ia "tiada bukti".


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS