Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Angka korban akibat Covid-19 di Perancis mencecah 450 orang dengan 78 kematian dalam tempoh 24 jam lalu, menurut pihak berkuasa kesihatan pada Jumaat, lapor agensi berita Anadolu.

Menurut ketua agensi kesihatan Jerome Salomon berkata jumlah keseluruhan kes sebanyak 12,612 dengan 1,297 pesakit berada dalam keadaan serius dan lebih 50,000 ujian pengesanan dilakukan.

Beliau berkata daripada keseluruhan jumlah kematian 87 peratus membabitkan mereka yang berumur 70 tahun ke atas.

Presiden Perancis, Emmanuel Macron mengisytiharkan "lockdown" selama 15 hari bermula awal minggu ini.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS