Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Maiwp lulus RM3.3 juta bantuan zakat untuk 7 hospital
Diterbitkan:  Mar 21, 2020 2:21 PM
Dikemaskini: 6:22 AM

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (Maiwp) meluluskan peruntukan RM3.27 juta wang zakat untuk disalurkan kepada tujuh buah hospital di Wilayah Persekutuan.

Pengerusi Maiwp, Syed Hussien Alhabshee berkata, peruntukan berkenaan bertujuan menampung keperluan peralatan kesihatan dan perubatan di hospital-hospital berkenaan.

"Bantuan yang diberikan berbentuk peralatan pernafasan seperti BIPAP Machine (ICU) bernilai RM80,000 setiap satu, ventilator ICU bernilai RM150,000/unit, home  ventilator bernilai RM90,000/unit dan peralatan-peralatan lain yang bernilai antara RM5,000 hingga RM20,000 setiap satu," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata perkara itu selaras dengan seruan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri agar kebajikan asnaf sentiasa dipelihara sepanjang perintah kawalan pergerakan.

Sementara itu, Maiwp juga meluluskan bantuan tambahan zakat khas kepada 24,196 orang asnaf di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

"Setiap asnaf akan menerima RM500 dan penyaluran bantuan ini akan melibatkan perbelanjaan dana zakat keseluruhan sebanyak RM12.1 juta yang akan disalurkan awal April nanti," katanya.

Katanya lagi, Maiwp juga mempercepatkan penyaluran zakat bulanan bagi bulan Mac pada 19 hari bulan, berbanding 25 hari bulan sebelum ini dengan perbelanjaan sebanyak RM9.67 juta.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS