Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
FAQ Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

Soalan lazim Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mengenai perintah kawalan pergerakan:

1. Pusat Talian Kasih 15999, adakah ia akan beroperasi seperti biasa?

Pusat Talian Kasih 15999 serta talian Whatsapp Talian Kasih akan tetap diteruskan 24 jam sehari dan 7 hari seminggu walaupun dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

2. Adakah kawalan keselamatan diperketatkan di bangunan KPWKM?

Ya. Hanya pegawai dan kakitangan Kementerian yang telah diberi kebenaran oleh YBhg. Dato’ KSU KPWKM untuk menguruskan tugas-tugas penting dan mendesak sahaja yang dibenarkan masuk ke pejabat di bangunan KPWKM dalam tempoh perintah kawalan pergerakan berkuatkuasa mulai 18 Mac sehingga 31 Mac 2020.

Pegawai dan kakitangan yang hadir adalah diwajibkan melalui saringan suhu badan di lobi KPWKM dan mencatat nama di kaunter lobi.

Laluan masuk ke pejabat di bangunan KPWKM juga dihadkan melalui lobi di aras G sahaja untuk memudahkan kawalan dan pemantauan.

Apabila tugasan mendesak pegawai telah selesai dilaksanakan, pegawai-pegawai tersebut dikehendaki pulang semula ke rumah masing-masing dengan kadar segera. Pengawal keselamatan adalah diarahkan bertugas 24 jam secara penggiliran bagi mengelakkan kejadian pencerobohan atau kecurian.

3. Bilakah bayaran bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bulan April akan dimasukkan?

Bayaran bantuan bulan April akan dipercepatkan bermula pada 25 Mac 2020 bagi membantu kumpulan sasar menjalani kehidupan yang sejahtera sepanjang perintah kawalan pergerakan.

4. Adakah Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) akan dibuka ketika dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan?

Semua PKMD akan ditutup sepanjang tempoh pelaksanaan perintah kawalan pergerakan.

5. Bagaimanakah cara untuk memohon bantuan JKM dalam tempoh pelaksanaan perintah kawalan pergerakan?

Tuan/Puan boleh memohon bantuan JKM secara atas talian (online) dengan menggunakan url: ebantuanjkm.jkm.gov.my (daftar permohonan atas talian).

6. Saya merupakan Warganegara Malaysia yang di bawa pulang dari Wuhan/ Itali/ Iran. Kini saya tiada pendapatan untuk menampung kehidupan saya dan keluarga di sini. Adakah saya layak untuk memohon bantuan JKM?

Tuan/ Puan boleh mengemukakan permohonan di PKMD yang berdekatan dengan kediaman tuan/puan atau secara atas talian (online) dengan menggunakan url: ebantuanjkm.jkm.gov.my.

Walau bagaimanapun, kelulusan bantuan adalah bergantung kepada syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh Jabatan ini serta hasil siasatan yang dijalankan oleh pegawai kes JKM.

7. Ketua keluarga yang mencari sumber pendapatan untuk menyara keluarga telah dikuarantin. Ahli isi rumah tiada sumber pendapatan untuk membeli keperluan asas. Apakah bantuan JKM yang boleh dimohon?

JKM tidak menyediakan bantuan khusus bagi mereka yang terlibat dalam tempoh sekatan ini.

Walau bagaimanapun, mereka yang terkesan boleh memohon melalui Tabung

Bantuan Bencana Negara (Bantuan Khas Covid-19).

Untuk maklumat lanjut mengenai Bantuan Khas Covid-19 sila layari laman web

http://www.nadma.gov.my/info-my/bantuan-khas-covid-19.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan ke alamat emel [email protected].

8. Saya dan isteri merupakan kakitangan Malaysia Airlines dikehendaki bercuti tanpa gaji selama 3 bulan. Adakah saya layak memohon bantuan JKM?

Tuan/Puan boleh mengemukakan permohonan di PKMD yang berdekatan dengan kediaman tuan/puan atau secara atas talian (online) dengan menggunakan url: ebantuanjkm.jkm.gov.my.

Walau bagaimanapun, kelulusanbantuan adalah bergantung kepada syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh Jabatan ini serta hasil siasatan yang dijalankan oleh pegawai kes JKM.

9. Saya merupakan seorang peniaga pasar malam/warung. Pendapatan saya terjejas teruk akibat isu Covid-19. Apakah bantuan yang layak diterima oleh saya dan keluarga untuk meneruskan kehidupan?

Tuan/Puan boleh mengemukakan permohonan di PKMD yang berdekatan dengan kediaman tuan/puan atau secara atas talian (online) dengan menggunakan url: ebantuanjkm.jkm.gov.my.

Walau bagaimanapun, kelulusan bantuan adalah bergantung kepada syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh Jabatan ini serta hasil siasatan yang dijalankan oleh pegawai kes JKM.

10. Terdapat aduan dan keluhan tentang golongan pekerja yang menerima gaji harian, mereka memerlukan sumbangan bekalan makanan. Apa tindakan KPWKM?

Di bawah JKM, tiada peruntukan khusus yang memberikan bantuan kepada pekerja yang terputus pendapatan terutamanya semasa berlaku bencana.

Bantuan yang disediakan oleh JKM semasa bencana adalah kepada mangsa-mangsa di pusat pemindahan serta bantuan wang ehsan yang disediakan di bawah peruntukan NADMA.

Dalam konteks Jabatan:

i. Sekiranya terdapat keperluan dalam memberikan bantuan kepada mereka yang memerlukan dan bertepatan dengan syarat penerima bantuan JKM, mereka layak untuk dipertimbangkan Bantuan AM menggunakan peruntukan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri; dan

ii. Selain daripada itu mereka yang memerlukan bantuan juga boleh dipertimbangkan untuk menerima bantuan segera di bawah Tabung Bantuan Segera Persekutuan.


Disediakan oleh KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS