Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Covid-19: Jumlah kematian di Itali mengatasi China
Diterbitkan:  Mar 20, 2020 12:24 PM
Dikemaskini: 6:56 AM

Negara-negara terkaya di dunia mencurahkan bantuan yang belum pernah disaksikan sebelum ini bagi membantu ekonomi global yang terus merudum manakala kes koronavirus terus melonjak di Eropah, dengan Itali kini mencatakan jumlah kematian yang lebih tinggi berbanding China, negara virus itu berasal.

Dengan lebih 236,000 jangkitan dan lebih 9,700 kematian, wabak ini mengejutkan dunia dan menjadikannya sebagi tempoh yang perit seperti Perang Dunia Kedua, krisis kewangan 2008 dan Spanish flu pada 1918,

Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres memberi amaran bahwa kemelesetan global, "mungkin rekod yang terbesar” hampir menjadi kepastian.

"Ini adalah saat yang menuntut tindakan dasar yang diselaraskan, tegas dan inovatif daripada ekonomi terkemuka di dunia," kata Guterres kepada pemberita melalui persidangan video.

"Kami berada dalam keadaan yang belum pernah berlaku dan peraturan dan undang-undang lazim tidak lagi terpakai."

Sektor pelancongan dan penerbangan terjejas teruk, susulan tindakan warga dunia yang cuba mengurangkan hubungan dalam usaha membendung penyebaran penyakit pernafasan Covid-19 yang sangat berjangki itut. Tidak banyak sektor yang terselamat daripada krisis yang mengancam kemelesetan global itu.

Pasaran saham mengalami kemerosotan yang tidak pernah dilihat sejak krisis kewangan 2008, dengan pelabur berebut mendapatkan dolar AS sebagai matawang yang paling selamat. Wall Street cuba bangkit semula pada Khamis. Penanda aras S & P 500 mengalir ke wilayah positif setelah jatuh sebanyak 3.3 peratus dan naik kira-kira satu peratus. Harga minyak AS naik 20 peratus.

Pembuat dasar di Amerika Syarikat, Eropah dan Asia telah menurunkan kadar faedah dan mencairkan mudah tunai untuk cuba menstabilkan ekonomi yang dilanda pengguna yang dikuarantin, rantai bekalan dan khidmat pengangkutan yang terganggu serta perniagaan yang lumpuh.

- Reuters

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS