Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Doktor berang cecair pembasmi kuman dicuri dari hospital
Diterbitkan:  Mar 19, 2020 7:52 PM
Dikemaskini: 11:53 AM

Seorang doktor mendakwa ada pesakit dan pelawat mencuri cecair pembasmi kuman di hospital tempatnya bertugas.

Dr Ahmad Mahyuddin Mohamed, seorang pakar bedah ortopedik di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah di Temerloh, menyatakan rasa kesal dengan kejadian itu.

"Anda tau, banyak sanitiser kami di hospital dicuri pesakit dan pelawat. Harta rakyat dan kerajaan. Bukan milik peribadi anda!

"Adakah anda fikir sanitiser yang bukan hak anda akan melindungi anda daripada Covid19?" tulisnya di Twitter.

Mahyuddin berkongsi tweet daripada seorang individu yang mendakwa mengambil bahan pembasmi kuman berkenaan dari hospital.

"Amik (ambil) dekat hospital je free (percuma)," katanya sambil menunjukkan gambar memegang sebuah bahan pembasmi kuman.

Selain doktor berkenaan, netizen lain juga mengkritik perbuatan dilakukan individu itu.

"Apa rasa jadi pencuri," tegur seorang pengguna Twitter.

"Jangan jadi orang selfish (pentingkan diri). Ramai boleh pakai benda tu kat hospital. Kalau teringin sangat, bak meh alamat. Sis pos ke rumah awak," kata seorang lagi pengguna Twitter.

"Gunalah sanitiser tu cuci perangai mu yang buruk tu," tegur seorang lagi.

Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) memberitahu Malaysiakini bahawa pihaknya akan mengesahkan sama ada terdapat aduan lain dibuat berhubung kecurian bahan pembasmi kuman di hospital.

Sehingga hari ini, negara ini merekodkan 900 kes Covid-19 dengan 110 jangkitan baru.

Daripada 110 kes baru itu, 63 kes mempunyai kaitan dengan kluster perhimpunan Tabligh di Sri Petaling, Kuala Lumpur, yang berlangsung dari 27 Feb hingga 1 Mac.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS