Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
Enam bulan diskaun bil elektrik 2 hingga 15 peratus
Diterbitkan:  Mar 19, 2020 5:49 PM
Dikemaskini: 10:54 AM

Kerajaan berhasrat memberikan diskaun bil elektrik kepada semua kategori pengguna dari 1 April hingga 30 Sept bagi membantu meringankan beban berikutan wabak Covid-19

Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Shamsul Anuar Nasarah berkata, sebanyak 15 peratus diskaun akan diberikan kepada enam (6) sektor perniagaan terpilih dalam tempoh berkenaan.

Sektor terbabit ialah pengendali hotel; agensi pengembaraan dan pelancongan; kompleks membeli-belah; pusat konvensyen; taman tema; dan pejabat syarikat penerbangan tempatan yang melibatkan kira-kira 10 ribu pemilik akaun.

"Pemberian diskaun ini dijangka akan memberi impak pengurangan bil elektrik kepada 6 sektor tersebut sebanyak RM40 juta untuk tempoh 6 bulan bagi Semenanjung, manakala bagi negeri Sabah, ia akan melibatkan kos sekitar RM20 juta dan negeri Sarawak dianggarkan RM8.5 juta," katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, bagi pengguna-pengguna komersial, industri dan pertanian pula akan menikmati diskaun 2 peratus ke atas penggunaan elektrik dalam tempoh yang sama.

"Ia dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 1.6 juta pemegang akaun Tenaga Nasional Berhad (TNB) dengan penjimatan bil elektrik dianggarkan berjumlah RM370 juta bagi tempoh 6 bulan.

"Bagi negeri Sabah, ia akan memberi manfaat kepada sekitar 99,322 pemilik akaun yang melibatkan anggaran kos sebanyak RM11.5 juta manakala bagi negeri Sarawak pula, ia melibatkan anggaran kos sebanyak RM107.2 juta untuk 100,000 pemilik akaun.

Semua pengguna dalam kategori domestik atau rumah kediaman akan menikmati penjimatan bil elektrik melalui pemberian diskaun 2 peratus ke atas penggunaan elektrik bagi tempoh berkenaan.

"Ini bermakna rakyat akan menikmati diskaun 2% dalam tempoh tersebut sebagai tambahan kepada diskaun 6% yang telahpun dinikmati oleh pengguna domestik pada masa ini bagi tempoh 1 Januari sehingga 30 Jun 2020.

Ia dijangka memberi anggaran penjimatan dalam bil elektrik sebanyak RM92 juta kepada kira-kira 7.5 juta pemegang akaun TNB untuk tempoh 6 bulan.

Bagi Sabah pula, ia akan memberi manfaat kepada 520,378 pengguna domestik dengan kos dianggarkan sekitar RM5.7 juta manakala bagi negeri Sarawak, ia akan memberi manfaat kepada 585,637 pengguna domestik dengan kos dianggarkan sekitar RM6.8 juta.

Beliau berkata, kos pemberian diskaun itu akan ditampung oleh kerajaan melalui dana Kumpulan Wang Industri Elektrik bagi Semenanjung, manakala bagi Sabah dan Sarawak akan ditanggung kerajaan persekutuan.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS