Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
KM Sabah: Kita mesti elakkan darurat, kurangkan pergerakan
Diterbitkan:  Mar 19, 2020 11:28 AM
Dikemaskini: 3:32 AM

Ketua Menteri Sabah Mohd Shafie Apdal menggesa rakyat Sabah untuk mengambil Perintah Kawalan Pergerakan dengan serius dan memainkan peranan mereka dalam menghentikan penularan wabak Covid-19.

Perintah kawalan pergerakan itu adalah tindakan pembendungan, peringkat pertama menghentikan penyebaran Covid-19, katanya, lapor FMT.

Kerajaan negeri akan melakukan yang terbaik untuk memastikan perintah itu dikuatkuasakan, termasuk menggerakkan anggota polis dan Rela untuk mengawal keadaan.

"Peringkat kedua merupakan perintah berkurung, yang akan berada di bawah polis, dan yang ketiga, mudah-mudahan, kita tidak akan sampai ke sana, adalah perintah darurat yang hanya boleh diumumkan oleh Yang di-Pertuan Agong dan tentera akan digunakan," kata Shafie.

"Kita mesti mengelakkan keadaan darurat, iaitu peringkat ketiga selepas perintah berkurung polis (peringkat kedua). Ini adalah perkara terakhir yang kita mahukan," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Keselamatan Negara peringkat negeri semalam.

"Kita mesti mengambil serius ini. Saya tahu sesetengah orang akan terjejas dengan perniagaan, tetapi ini adalah masa yang berlainan. Keselamatan dan kesihatan manusia jauh lebih penting. Ini hanya selama dua minggu, tidak dua bulan atau dua tahun.

"Sebabnya adalah untuk mengekang dan membendung penyakit ini daripada merebak dan kita memerlukan usaha kolektif dari semua negeri untuk mencapai matlamat ini," kata Shafie.

Sabah menyaksikan peningkatan ketara sebanyak 31 kes di negeri ini semalam, menjadikan jumlah kes koronavirus meningkat kepada 103 orang.

Dilaporkan bahawa orang ramai masih berkeliaran di jalanan dan berkelah di pantai atau menjalankan latihan di Kota Kinabalu.

Di Tuaran, pasar mingguan Tamu Tamparuli dibuka dan pihak berkuasa tempatan terpaksa mengarahkannya untuk ditutup.

"Sila ikut arahan dan tinggal di rumah. Keluarlah hanya apabila kamu perlu. Fokus kami adalah untuk kurang mobiliti.

"Ini bukan masa untuk semua orang melancong, dan berkumpul di kedai-kedai kopi. Sila beri kerjasama dengan pihak berkuasa," kata Shafie yang dipetik New Straits Times pada sidang akhbar semalam.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS