Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Penganjur Ijtima Tabligh setuju tangguh himpunan di Indonesia
Diterbitkan:  Mar 19, 2020 10:40 AM
Dikemaskini: 3:04 AM

Perhimpunan Tabligh yang mengumpulkan ribuan orang di Wilayah Sulawesi Selatan Indonesia telah ditangguhkan di tengah-tengah kebimbangan acara itu berkemungkinan menularkan Covid-19, kata pihak berkuasa tempatan.

Pihak berkuasa cuba memujuk pihak penganjur Ijtima Dunia 2020 Zon Asia, supaya menghentikan perhimpunan di Gowa, berhampiran Makassar selepas perhimpunan Tabligh serupa di Malaysia menjadi punca penularan ratusan jangkitan.

Bupati (ketua daerah) Gowa, Adnan Purichta Ichsan, membuat hantaran di media sosial bahawa penganjur akhirnya bersetuju untuk menangguhkan majlis mereka.

"Akhirnya sepakat Ijtima dunia ditunda/ dibatalkan pelaksanaannya.

"Tidak henti-henti kami melakukan komunikasi dan koordinasi dengan pihak panitia..

"Kita juga sepakat untuk mengisolasi sementara mereka di lokasi, sampai menyusun jadual kepulangan masing-masing," katanya di Instagram.

Jelasnya lagi, pasukan kesihatan juga sudah sampai ke lokasi untuk melakukan pemeriksaan dan proses membasmi kuman.

Setakat ini, Indonesia mencatatkan 227 kes positif Covid-19, dengan 19 korban.

Sekurang-kurangnya 513 daripada 790 kes positif Covid-19 di Malaysia mempunyai kaitan dengan perhimpunan Tabligh di Masjid Seri Petaling.

Koronavirus baru telah meragut dua korban di Malaysia, seorang paderi, 60 tahun di Sarawak dan lelaki berusia 34 tahun di Johor Bahru yang menghadiri perhimpunan Tabligh tersebut.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS