Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Anwar: K'jaan patut salur maklumat lengkap
Diterbitkan:  Mar 18, 2020 10:13 AM
Dikemaskini: 2:50 AM

Presiden PKR Anwar Ibrahim menggesa Kerajaan menyalurkan maklumat lengkap dan tidak mengelirukan kepada pihak media bagi mengurangkan kebimbangan orang ramai berhubung isu Covid-19.

Beliau berkata ketika ini masalah timbul kerana lemah koordinasi antara jentera kerajaan untuk menyalurkan maklumat.

"Masalah yang timbul pada ketika ini adalah disebabkan lemahnya koordinasi dan jentera kerajaan dalam menyalurkan maklumat.

"Saya gesa masalah ini segera diatasi oleh kerajaan untuk lebih bertanggungjawab dan beretika saat negara dihimpit krisis ini. 

"Media sebagai sumber rujukan utama rakyat dan negara mesti diberi akses sewajarnya," katanya dalam kenyataan hari ini.

Sejak arahan perintah kawalan pergerakan yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) diumumkan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin pada 16 Mac lalu, terdapat beberapa kekeliruan timbul apabila orang ramai berpusu-pusu menyerbu stesen bas dan balai polis untuk pulang ke kampung pada malam tadi. 

Ini kerana, soalan lazim (FAQ) yang dikeluarkan MKN mengenai perintah kepada pelajar universiti berubah-ubah daripada semua pelajar IPT awam dan swasta diarahkan kembali ke kediaman masing-masing sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan kepada pelajar mempunyai pilihan untuk pulang ke tempat, negara asal atau terus beada di dalam kampus masing-masing. 

FAQ itu diubah selepas Menteri Pengajian Tinggi Noraini Ahmad membuat hantaran di laman Facebook peribadinya yang menggesa pelajar agar tidak terburu-buru pulang ke rumah.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS