Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Gangguan bekalan air dijangka berlaku di Lembah Klang
Diterbitkan:  Mar 17, 2020 9:58 PM
Dikemaskini: 4:39 PM

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) memaklumkan akan berlaku gangguan bekalan air tidak berjadual di tujuh daerah selepas pencemaran bau dikesan di Sungai Selangor.

Akibat daripada pencemaran itu, tiga loji rawatan air Sungai Selangor dan Rantau Panjang telah ditutup bermula jam 7 malam ini.

Ini dijangka mengakibatkan gangguan bekalan air tidak berjadual di Kuala Lumpur, Petaling, Klang / Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat. 

Gangguan bekalan air ini berlaku ketika kerajaan mengumumkan perintah kawalan pergerakan susulan ancaman wabak Covid-19.

"Henti tugas kempat-empat LRA ini terpaksa dilakukan akibat pencemaran bau yang dikesan pada sumber air mentah di Sungai Selangor. Sehingga jam 8 malam, bacaan pencemaran bau masih pada tahap 2 ton. 

"Air Selangor akan menyalurkan maklumat kawasan-kawasan gangguan bekalan kepada para pengguna dari semasa ke semasa. Dalam tempoh ini para pengguna dinasihatkan agar menggunakan air secara berhemat," jelasnya.

Kenyataan itu menyebut pihak Air Selangor telah melaporkan insiden pencemaran berkenaan kepada Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) untuk tindakan lanjut.

Para pengguna digalakkan muat turun aplikasi telefon pintar Air Selangor di Google Play atau AppsStore untuk mendapatkan maklumat terkini bekalan air atau menghubungi talian 15300 untuk pertanyaan dan bantuan.

Kerja pemulihan sedang dijalankan

Semetara itu, menteri besar Selangor Amirudin Shari berkata kerja-kerja pemulihan bekalan air sedang dijalankan.

"Makluman terbaru dari Air Selangor - kesemua loji rawatan air telah mula beroperasi.

"Pemulihan bekalan air sedang dalam proses dan akan disegerakan secepat mungkin," katanya.

Sedang Mendengar Taklimat Mengenai Perkembangan Pemulihan Bekalan Air di Loji Rawatan Air SSP 1. Bekalan udara Dijangka Pulih dalam Masa terdekat ini kepada. pic.twitter.com/VwnSEkNtEr & mdash; Amirudin Shari (@AmirudinShari) 17 Mac 2020

 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS