Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Tiga pegawai kanan polis di Selangor dikuarantin sejak semalam kerana dikhuatiri terdedah kepada jangkitan Covid-19.

Sumber memberitahu Malaysiakini, seorang daripada mereka dihantar ke Hospital Sungai Buloh manakala dua yang lain melakukan kuarantin sendiri di rumah masing-masing.

Ketiga-tiga pegawia polis terbabit dikatakan menjalani pemeriksaan selepas berlaku kontak dengan seseorang yang kemudian didapati positif untuk Covid-19.

Kata sumber, kejadian itu berlaku semasa solat di sebuah masjid di Selangor beberapa hari yang lalu.

Malaysiakini tidak dapat mengesahkan jika orang itu berkaitan dengan perhimpunan Tabligh di Masjid Sri Petaling, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Difahamkan bahawa ketiga-tiga mereka pergi untuk pemeriksaan pagi semalam.

Malaysiakini telah menghubungi Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador untuk mendapatkan pengesahan.

Semalam, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula esok sehingga 31 Mac bagi membendung penularan wabak Covid-19.

Antara lain ia melibatkan penutupan sekolah dan pusat pengajian tinggi.

Bagaimanapun, perkhidmatan yang kritikal seperti pasar raya, pasar basah, kedai runcit dan kedai serbaneka akan tetap terbuka dan boleh diakses.

Menurut Kementerian Kesihatan, jumlah kes Covid-19 yang positif dicatatkan setakat ini ialah 553 sejak dengan 190 kes dilaporkan pada Ahad dan 125 lagi semalam.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS