Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Perangi Covid-19: Peluang terakhir untuk Malaysia

ULASAN | Pada tahun 2003, wabak Sars merebak selama 8 bulan sebelum dapat membendungnya. Jika wabak yang sedang merebak ini - dikenali sebagai Sars Cov II oleh komuniti perubatan di China, yang membawa kepada Covid-19 atau koronavirus -, di mana telah wujud sejak November 2019, dunia kini sedang berada pada bulan kelima sejak gelombang pertama penyakit yang merbahaya ini tersebar.

Wabak Sars telahpun pupus. Namun, Sars Cov II boleh dilabel sebagai sepupu kepada Sars. Walaupun kedua-duanya bersifat “berjangkit” ke seluruh dunia, namun tiada hubung kait antara mereka, di mana Sars pada tahun 2003 berakhir selepas 8 bulan, tiada kepastian bahawa Sars Cov II akan berakhir pada Jun 2020. Kedua-duanya merupakan dua penyakit yang berbeza.

Menurut Profesor Nouriel Roubini, yang menulis dalam Projek Syndicate, Sars Cov II tidak mempunyai kaitan dalam “rancangan fiskal” atau pengurangan “kadar faedah”.

Seperti yang sedang berlaku, sejumlah AS$ 123 bilion (RM 528 bilion) telah dibelanjakan di seluruh dunia sejak Februari 2020 untuk menghidupkan semula ekonomi global. Sekarang, jika penghakisan ekonomi dihentikan oleh perkara di atas, kegiatan ekonomi global akan menyaksikan peningkatan. 

Namun, tiada perkembangan dapat dilihat. Sebaliknya, pakej ransangan bernilai AS$ 5 bilion yang diperuntukkan di Malaysia pada 27 Februari lepas, mungkin merupakan satu idea yang baik selepas kejatuhan ringgit.

Virus, terutamanya yang telah diisytihar Pandemik, memberi kesan terhadap seluruh dunia. Dengan bekalan dari China terjejas, kemudiannya membawa kepada pengurangan permintaan Amerika Syarikat merentasi Pasifik, kedua-duanya memberi bayangan keruntuhan yang mendalam.

China tidak boleh beroperasi secara optimum, sama juga dengan AS, kekurangan untuk menjana kuasa penggunaan yang mencukupi untuk membeli dari China pada masa yang mendatang. Seperti yang dikatakan oleh Mohammad El Errian, seorang ahli ekonomi terkemuka, juga merupakan bekas Presiden Harvard Endowment, ini dikenali sebagai kejutan rantaian bekalan yang menyebabkan kejatuhan sampingan permintaan.

Pada kadar 2.5 peratus OPR, dasar monetari Bank Negara harus dikurangkan; jika tidak, perusahaan kecil dan sederhana tidak dapat membangun selaras dengan keperluan untuk menceburi mana-mana perniagaan yang berdaya maju.

Malaysia mempunyai satu jalan penyelesaian untuk memerangi Covid-19: Menteri Kesihatan perlu bekerja sama dengan komuniti antarabangsa untuk menghasilkan vaksin.

Walaupun ia akan mengambil masa setahun atau satu setengah tahun, terdapat beberapa entiti seperti Moderna, Glaxo, Fujifilm Toyama serta beberapa pusat penyelidikan di Universiti utama, seperti Pusat Penyakit Berjangkit Abdul Lateef di Imperial College London, telah memulakan kajian mereka.

Di AS, mereka memaksa 5,000 saintis dari Jerman untuk menghasil vaksin. Jerman, hampir 16 wilayah sudah dijangkiti Sars Cov II kecuali Barat Bavaria telah mengisytiharkan pandemik. Begitu juga dengan Australia.

Sekarang ini, Malaysia memerlukan senarai panjang mengenai perkara yang telah dilakukan oleh beberapa negara bagi memastikan Sars Cov II atau Covid-19 dalam keadaan terkawal.

Selain menjejaki kontak rapat setiap pesakit, Malaysia perlu melancarkan perkhidmatan pandu lalu (drive-thru) untuk memaksimumkan ujian dalam tempoh tiga minggu.

Dengan empat menteri kanan yang baru dilantik, perdana menteri Muhyiddin tidak mempunyai pilihan lain selain memastikan kesemua empat menteri tersebut boleh bekerjasama untuk menghasilkan satu blueprint yang jelas.

Sama ada akan terjadi perintah berkurung atau tidak untuk seluruh Malaysia dalam tempoh 30 hari, semua aktiviti politik dan keagamaan perlu hanya dilakukan melalui dalam talian.

Bertentangan dengan pandangan bekas Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Azmin Ali, kita harus mengambil ikhtibar dengan kes yang berlaku di Korea Selatan, di mana hanya 17 kes dilaporkan tiga minggu lalu, kini melonjak kepada lebih 8,000 kes, dengan wabak yang menular secara berepisod di Seoul. 

Di Singapura, sesiapa yang menjalani perintah berkurung di rumah, dan mendapat kelulusan oleh kerajaan di sana, layak menerima S$100 setiap hari. Tidak hairan warga Singapura bersemangat untuk menjalani ujian Covid-19. 

Manakala di England, Perdana Menteri Boris Johnson akan memerintahkan setiap penduduknya yang berumur dalam lingkungan 70 tahun untuk mengkuarantin diri mereka di rumah sendiri, disebabkan golongan tersebut merupakan golongan yang paling mudah terdedah kepada Covid-19.

Secara ringkasnya, dengan jumlah penduduk yang dijangkiti Covid-19 mencapai 428 orang, Malaysia sepatutnya melakukan tindakan yang sama seperti Austria. Mereka mengharamkan perjumpaan yang melebihi 5 orang di sesuatu tempat.

Jika kerajaan yang dipimpin oleh Perdana Menteri Muyiddin, boleh melakukan semua langkah pencegahan seperti yang diterangkan, mungkin ada sinar harapan untuk Malaysia.

Untuk meyakinkan rakyat bahawa kesihatan ahli kabinet berada dalam keadaan baik, semua anggota kabinet mesti menjalani ujian kesihatan SARS Cov II ini; seperti yang dilakukan oleh Presiden Jokowi dan ahli kabinet beliau, selepas Menteri Pengangkutannya positif Covid-19.

Malaysia perlu bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.

Cendekiawan Harvard, dalam Epidemiologists dan Ekonomi Kesihatan, Dr Eric Ding menjelaskan bahawa perintah berkurung mula dijalankan berdasarkan garis eksponen mula membengkok ke arah sub-eksponen di mana perintah berkurung diperlukan. (Graph Attached).


DR RAIS HUSSIN ialah presiden/CEO, EMIR Research, sebuah organisasi pemikir bebas yang berfokuskan kepada pencernaan saranan-saranan dasar yang strategik.

Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.



Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS