Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
Pengerusi PKR Kelantan akan lepas jawatan pengerusi Tekun

Pengerusi Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun) Nasional, Suparadi Md Noor akan melepaskan jawatan yang disandangnya itu sejak Oktober 2018 lepas, berikutan peralihan kerajaan Perikatan Nasional (PN) ketika ini.

Mohamad Suparadi berkata, peletakan jawatan itu nanti bagi membolehkan kerajaan pusat memilih penggantinya kerana ia adalah lantikan politik.

"Saya pegang prinsip dan saya akan letak jawatan (Tekun) bagi membolehkan kerajaan baru menamakan pengerusi baharu… tidak ada masalah bagi saya,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan khas bersama lebih 200 anggota PKR Kelantan, malam tadi.

Beliau melahirkan rasa gembira kerana telah banyak membantu rakyat ketika berada bersama Tekun sebelum ini.

Mengenai nasib lebih 200 anggota parti itu dalam Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Persekutuan, Mohamad Suparadi berkata keanggotaan mereka telah pun gugur apabila bertukar kerajaan dan beliau menafikan dakwaan lebih 10,000 anggota PKR di negeri ini akan meninggalkan parti itu kerana kecewa dengan situasi politik semasa.

Sebaliknya hasil perbincangan dengan 14 ketua cabang di negeri ini mendapati dakwaan itu tidak berasas dan hanya 300 ke 500 sahaja yang keluar parti kerana tidak lagi bersama parti sejak lama dan menunggu masa untuk berbuat demikian, katanya.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS