Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Covid-19 ragut nyawa komander Pengawal Revolusi Iran

GLOBAL | Komander Kor Pengawal Revolusi Iran (IRGC) Brigedier Jeneral Nasser Shabani, meninggal dunia akibat penyakit Covid-19, menurut agensi berita Fars pada Jumaat.

Agensi berita Anadolu melaporkan, Shabani memulakan kerjayanya pada 1982 semasa Perang Iran-Iraq.

Selain China, Itali dan Korea Selatan, Iran adalah antara negara paling teruk terjejas.

Angka korban di Iran meningkat kepada 514 orang.

Jurucakap Kementerian Kesihatan Kianoush Jahanpour berkata seramai 85 orang meninggal dunia dalam tempoh 24 jam lalu manakala 1,289 kes baru dilaporkan, menjadikan jumlah keseluruhan 11,364.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS