Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita

Eropah kini menjadi pusat penularan wabak Covid-19, kata Ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Jumaat, lapor agensi berita Anadolu.

"Eropah kini mempunyai lebih banyak kes Covid-19 yang dilaporkan setiap hari berbanding di China," kata Tedros Adhanom Ghebreyesus.

Lebih 132,500 kes dilaporkan di 132 negara dan wilayah, dengan lebih 5,000 kematian.

Beliau berkata penyakit itu boleh berlaku di mana-mana negara dan ia adalah "musuh biasa."

Semua negara perlu "mengesan, melindungi dan merawat" untuk memusnahkan rantai penularan, katanya.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS