Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kes jangkitan Covid-19 meningkat kepada 197
Diterbitkan:  Mar 13, 2020 10:26 PM
Dikemaskini: 2:31 PM

Jangkitan Covid-19 di negara ini kini meningkat kepada 197 kes.

Kementerian Kesihatan dalam satu kenyataan malam ini berkata, sebanyak 39 kes jangkitan baru dikesan hari ini.

Sebanyak 38 kes dikesan di kalangan pesakit yang sedang disiasat (PUI), manakala satu kes adalah dari kontak rapat.

Menurut maklumat yang dikongsi oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Noor Hisham Abdullah, 34 daripada kes baru ini dikaitkan dengan perhimpunan tabligh di Masjid Sri Petaling dari 27 Feb hingga 1 Mac lalu.

Seramai 40 daripada sekitar 14,500 rakyat Malaysia yang menghadiri program itu itu kini dijangkiti Covid-19.

Kementerian itu menganggarkan seramai 16,000 menghadiri 'ijtima' tabligh di masjid berkenaan.

Empat pesakit Covid-19 kini memerlukan bantuan pernafasan dan sedang dirawat di unit rawatan rapi. 

Sehubungan itu Kementerian Kesihatan turut menasihatkan orang ramai agar tidak menghadiri perhimpunan atau tempat yang melibatkan orang ramai, termasuklah tempat keagamaan.

"KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan Covid-19 dari semasa ke semasa dan orang awam akan sentiasa dimaklumkan mengenainya," jelasnya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS