Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Saifuddin: PN tak ada manifesto tapi PM minta cadang dasar
Diterbitkan:  Mar 10, 2020 10:13 PM
Dikemaskini: 2:13 PM

Menteri Komunikasi dan Multimedia Saifuddin Abdullah mengakui bahawa kerajaan Perikatan Nasional dibentuk tanpa manifesto tetapi berkata Perdana Menteri Muhyiddin Yassin akan membincangkan cadangan dasar.

"Ini adalah kabinet yang dilahirkan tanpa manifesto, ada yang baik dan tidak baik. Kebaikannya ialah kita tidak terikat tetapi orang lain ingin mengetahui arah kita.

"Esok, perdana menteri akan memanggil semua menteri dan timbalan menteri untuk perbincangan yang intensif bagi mengemukakan cadangan dasar kami.

"Saya tidak mengatakan bahawa segala-galanya akan menjadi dasar baru tetapi ada perkara-perkara tertentu yang kita boleh perkenalkan," katanya dalam wawancara dengan TV1 hari ini.

Saifuddin juga menyentuh tentang ketiadaan timbalan perdana menteri dalam kabinet baru, dengan menyifatkan bahawa sistem empat menteri kanan adalah pendekatan yang lebih inovatif terhadap tadbir urus.

Beliau berkata menteri-menteri kanan akan membantu menyelaraskan beberapa kementerian yang berkaitan yang membolehkan mereka lebih berkesan menangani isu-isu kementerian.

"Ia lebih berfungsi dan berkesan," katanya.

Saifuddin juga mempertahankan saiz kabinet Muhyiddin yang dilihat lebih besar, dengan menjelaskan bahawa kerajaan Pakatan Harapan sebelum ini terikat kepada manifesto untuk menampilkan kabinet yang lebih kecil.

Beliau menambah bahawa kementerian-kementerian baru yang diwujudkan di bawah kerajaan PN bertujuan untuk memenuhi objektif khusus.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS