Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Singapura kenakan caj rawatan Covid-19 bagi warga asing

Singapura mula mengenakan caj rawatan Covid-19 terhadap warga asing membabitkan tiga jangkitan baru di mana dua daripadanya melibatkan rakyat Indonesia.

Indonesia, negara keempat paling ramai di dunia, melaporkan kes koronavirus pertama pada awal bulan ini dan merekodkan 19 jangkitan secara rasmi berbanding 160 kes di Singapura.

Langkah terbaru Singapura itu diumumkan pada lewat Isnin berkuat kuasa 7 Mac lalu apabila pihak berkuasa berkata dua pelancong Indonesia yang mempunyai simptom jangkitan berkenaan tiba di Singapura.

Kedua-dua mereka pernah melaporkan simptom Covid-19 di Indonesia sebelum tiba di Singapura, malah salah seseorang daripada mereka pernah mendapatkan rawatan di sebuah hospital di Jakarta.

Satu lagi kes melibatkan seorang warga Singapura yang telah melawat kakaknya di Indonesia yang mengalami radang paru-paru.

Kementerian kesihatan negara itu bagaimanapun tidak menyebutkan kes-kes secara spesifik ketika mengumumkan peraturan baru bagi pembayaran kos rawatan.

"Memandangkan peningkatan jumlah jangkitan Covid-19 di seluruh dunia, dan jangkaan peningkatan dalam bilangan kes yang disahkan di Singapura, kami perlu mengutamakan sumber di hospital awam kami," kata kementerian kesihatan dalam satu kenyataan.

Warga asing yang memegang pas lawatan jangka pendek dan mendapatkan rawatan Covid-19 di Singapura dikenakan bayaran, namun ujian pengesanan virus itu dilakukan secara percuma.

Rawatan jangkitan pernafasan yang teruk di hospital awam Singapura biasanya menelan kos antara S$6,000 - S$8,000 (RM18,300-RM24,400), menurut laman web kementerian kesihatan.

Daripada 33 kes dari luar yang dilaporkan di Singapura hingga kini, 24 kes melibatkan perjalanan ke China - di mana virus pertama kali muncul tahun lalu - tiga membabitkan perjalanan ke Indonesia dan yang lain ke Itali, Britain, Perancis dan Jerman.

Penyelidik di Sekolah Kesihatan Awam, Harvard T.H. Chan di Amerika Syarikat, berkata dalam satu kajian bulan lepas bahawa Indonesia harus menguatkan pengawasan dan kawalan wabak.

Pasukan Harvard berkata kurangnya kes yang disahkan Indonesia pada masa itu "mungkin berpotensi untuk kes yang tidak dapat dikesan" kerana perjalanan melalui udara menyumbang kepada kes yang "dieksport" dari China.

- Reuters


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS