Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Sultan Nazrin terima peletakan jawatan MB Perak

Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan menerima peletakan jawatan Ahmad Faizal Azumu sebagai Menteri Besar Perak berkuat kuasa hari ini.

Perkara itu dimaklumkan Datuk Pengelola Bijaya Diraja kepada Sultan Perak, Kol (B) Abd Rahim Mohamad Nor menerusi satu kenyataan.

Terdahulu, Ahmad Faizal, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chenderiang, telah menyembahkan surat peletakan jawatannya sebagai Menteri Besar kepada Sultan Nazrin semasa menghadap baginda di Istana Kinta di sini pagi ini. 



-Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS