Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Menteri Kebudayaan Perancis positif Covid-19

Menteri Kebudayaan Perancis Franck Riester disahkan dijangkiti Covid-19, namun berada dalam keadaan baik dan kini menjalani kuarantin di rumah, lapor agensi berita Xinhua.

Menteri itu pada minggu lalu menghadiri beberapa sesi perbahasan di Dewan Negara, memetik televisyen BFM.

Terdapat 1,412 kes di Perancis dengan 25 kematian setakat 3 petang (1400 GMT) Isnin, menurut Kementerian Kesihatan.

-Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS