Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Tesco jual operasi di Thailand dan Malaysia
Diterbitkan:  Mar 9, 2020 4:11 PM
Dikemaskini: 8:11 AM

Tesco, rangkaian pasar raya terbesar Britain, telah menjual operasi perniagaannya di Malaysia dan di Thailand kepada Charoen Pokphand (CP) Group Thailand dalam urus niaga bernilai AS$10.6 bilion (RM44.63 bilion).

Menurut Reuters, lembaga CP Group meluluskan perjanjian kepada anak-anak syarikatnya untuk membeli 86.9 peratus perniagaan Tesco Thailand dan 100 peratus Tesco Malaysia.

Selepas perjanjian selesai, Tesco berhasrat untuk memulangkan kira-kira 5 bilion pound (RM27.77 bilion) kepada para pemegang saham menerusi dividen khas dengan penyatuan saham yang berkaitan.

Pasar raya di Malaysia berdepan pertumbuhan lembab sejak beberapa tahun kebelakangan ini, menyebabkan beberapa pasar raya Giant dan Cold Storage ditutup.

Tesco adalah salah satu rangkaian pasar raya terbesar di Malaysia dengan 60 cawangan.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS