Paling Popular
Terkini

Kerajaan Pulau Pinang mengumumkan Adun Penanti Norlela Ariffin sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Negeri (exco) yang baru.

Norlela menggantikan Dr Afif Bahardin, yang meletakkan jawatannya Khamis lalu, susulan kemelut politik dalam partinya iaitu PKR.

Dalam pengumumannya di Komtar hari ini, Ketua Menteri Chow Kon Yeow menjelaskan bahawa nama Norlela dicadangkan oleh PKR.

Beliau kini memegang portfolio Pertanian, Industri Asas Tani, Pembangunan Luar Bandar dan Kesihatan.

“Majlis mengangkat sumpah jawatan akan berlangsung pada 12 Mac 2020 dan bertempat di Seri Mutiara,” kata Chow.

Seri Mutiara ialah kediamatan Yang Dipertua Pulau Pinang.

Menjadi adun Penanti sejak 2013, Norlela dikenali sebagai lantang bersuara dalam soal tadbir urus negeri, terutama melibatkan kawasannya yang berada dalam Parlimen Permatang Pauh.

Aduannya tentang kilang-kilang haram di Penanti membawa kepada siasatan SPRM dan penangkapan Exco Alam Sekitar Phee Boon Poh.

Norlela adalah seorang daripada lima adun PKR yang berkecuali dalam usul Umno berkaitan penambakan laut di Pulau Pinang.

[Baca berita asal]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS