Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Harga RON95 turun 19sen, RON97 turun 21sen
Diterbitkan:  Mar 6, 2020 5:45 PM
Dikemaskini: 10:12 AM

Harga runcit petrol RON95 turun 19 sen seliter bermula tengah malam ini dari RM2.08 seliter kepada RM1.89 seliter.

Kementerian Kewangan (MOF) dalam satu kenyataan hari ini juga mengumumkan bahawa RON97 turun 21 sen, menjadikan harga bahan api itu RM2.19 seliter.

Harga runcit diesel pula turun sebanyak 17 sen seliter kepada RM1.96 seliter.

Kementerian kewangan berkata penetapan itu berdasarkan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism (APM).

Harga minyak di peringkat global jatuh berikutan kebimbangan mengenai wabak Covid-19 dan kesannya ke atas ekonomi.

Permintaan minyak di China yang merupakan pengguna terbesar di dunia, juga merudum berikutan penularan wabak berkenaan.

Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (Opec) dilapor merancang untuk mengurangkan bekalan minyak mentah dalam usaha menaikkan harga.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS