Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Bersih pertahan bos SPR, gesa letak jawatan tak demokratik
Diterbitkan:  Mar 6, 2020 4:28 PM
Dikemaskini: 8:28 AM

Badan pemantau pilihan raya, Bersih mempertahankan Azhar Harun berikutan gesaan agar Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) itu meletakkan jawatan. 

Gesaan itu dibuat oleh bekas Timbalan Pengerusi SPR, Wan Ahmad Wan Omar, yang mengatakan Azhar dan pesuruhjaya SPR yang lain perlu meletak jawatan kerana terlibat sebaagi aktivis pro-Pakatan Harapan (PH) pada masa lalu.

"Cadangan beliau (Wan Ahmad) untuk pengerusi SPR meletakkan jawatan bukan sahaja serangan ke atas integriti SPR, tetapi juga serangan ke atas Perlembagaan Persekutuan dan demokrasi kita," kata Bersih.

Kumpulan itu berkata pengerusi dan pesuruhjaya SPR hanya boleh disingkirkan oleh Yang di-Pertuan Agong atau melalui tribunal.

"Gesaan Wan Ahmad agar Azhar dan pesuruhjaya lain meletakkan jawatan adalah tidak logik seperti juga Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat digesa meletakkan jawatan, hanya kerana Dr Mahathir Mohamad yang mencadangkan nama mereka untuk dilantik oleh Agong telah meletak jawatan," kata Bersih.

Sebelum ini selepas pilihan raya umum 2018, Bersih menggesa Pengerusi SPR ketika itu, Mohd Hashim Abdullah dan Pesuruhjaya yang lain digantung atas alasan "hilang kepercayaan awam" dan bersubahat dalam "penyelewengan pilihan raya". 

Mereka berkata kemudian bahawa tribunal juga perlu ditubuhkan untuk menyingkirkan mereka.

Selepas Hashim meletak jawatan, Bersih juga menuntut pesuruhjaya lain di era BN meletak jawatan.

Dalam satu kenyataan hari ini, Bersih berkata SPR pada masa ini tidak melakukan sebarang salah laku yang melanggar Perlembagaan Persekutuan atau prinsip bebas dan adil.

"Sebaliknya, SPR telah memperkenalkan banyak pembaharuan untuk perjalanan pilihan raya dan memberi maklum balas kepada isu-isu berkaitan pilihan raya, antara lain," kata mereka.

Gesaan agar pengerusi SPR meletakkan jawatan timbul susulan peletakan jawatan Tommy Thomas sebagai peguam negara. 

Latheefa Koya juga meletakkan jawatan sebagai ketua pesuruhjaya SPRM.

Penjawat awam yang dilantik kerajaan PH terbabit meletakkan jawatan selepas Dr Mahathir Mohamad berundur sebagai perdana menteri minggu lalu berikutan krisis politik yang melanda negara.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS