Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Semua masjid, surau di Selangor diarah baca qunut Nazilah

Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) mengarahkan semua masjid dan surau di negeri itu agar membaca qunut Nazilah ketika solat Subuh bagi memohon perlindungan Allah daripada jangkitan Covid-19.

Pengarah Jais, Mohd Shahzihan Ahmad, dalam satu kenyataan berkata arahan itu dikeluarkan berikutan penularan Covid-19 yang sedang melanda negara dan semakin meningkat ketika ini.

"Susulan penularan jangkitan itu, seluruh pegawai jawatankuasa masjid dan surau di Selangor hendaklah sentiasa peka dengan langkah-langkah pencegahan bagi mengelakkan penyebaran virus berkenaan sepertimana yang disarankan Kementerian Kesihatan Malaysia.

"Sebagai seorang Islam, kita hendaklah sentiasa memohon pelindungan Allah supaya melindungi negara daripada virus berkenaan.

"Bacaan qunut Nazilah semasa solat Subuh wajar dilakukan sehingga penularan jangkitan itu diatasi," katanya.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS