Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pertengkaran dalaman PH punca krisis politik - MCA
Diterbitkan:  Mar 5, 2020 2:07 PM
Dikemaskini: 10:10 AM
  • Tajuk dan berita ini dikemas kini bagi memberikan gambaran lebih tepat.

Pertengkaran dalaman PH yang menyaksikan pintu pusat pentdbiran persekutuan itu terbuka luas,  kata seorang jurucakap MCA, Mike Chong.

Katanya, kemelut politik yang berlaku tidak bermula dengan BN, tetapi disebabkan oleh kegagalan PH sendiri.

Chong mengulas kenyataan-kenyataan yang mendakwa gabungan Perikatan Nasional yang terdiri daripada Bersatu, BN dan PAS membentuk kerajaan pintu belakang dengan sokongan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Tindakan itu didakwa mengkhianati mandat rakyat pada pilihan raya umum ke-14 yang lalu.

Berdasarkan keputusan beberapa pilihan raya kecil lalu yang memihak kepada BN, Chong berkata, prospek gabungan itu menang pada pilihan raya umum akan datang adalah cerah.

Pilihan raya kecil terakhir di Tanjung Piai, Johor, menyaksikan calon MCA Wee Jeck Seng menumbangkan calon PH Karmaine Sardini dari Bersatu dengan majoriti lebih 15,000 undi.

Untuk membuktikan bahawa BN menghormati mandat rakyat, Chong berkata, gabungan itu menyerahkan kuasa kepada PH dengan aman dan cara yang teratur selepas pilihan raya umum lalu.

"Kami bersedia menunggu hingga PRU akan datang bagi memberi rakyat peluang untuk mengundi semula, kerana kami yakin rakyat telah menilai dan mendapati BN adalah pilihan yang lebih baik daripada PH.

"Kejayaan besar yang memihak BN pada pilihan raya kecil pada masa lalu membuktikan bahawa rakyat telah kembali menyokong BN.

"Mengapa perlu untuk berkuasa semula melalui pintu belakang seperti yang didakwa, sedangkan peluang kami untuk kembali menguasai pentadbiran kelihatan cerah pada PRU akan datang?" soalnya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Chong, krisis politik yang membawa kepada penubuhan sebuah kerajaan baru bukan berpunca dari BN tetapi disebabkan oleh kegagalan PH sendiri.

"Cuba kita renungkan siapa yang memulakan pergolakan politik ini yang berakhir dengan kejatuhan kerajaan PH. Ia bukan kerja pemimpin BN tetapi pemimpin PH sendiri. Tetapi BN dipersalahkan.

"BN tidak mengkhianati mandat rakyat, sebenarnya yang telah khianati mandat rakyat adalah kerajaan PH. Ingat lagi kata-kata 'manifesto bukan kitab'?

"Perlu diingat bahawa ramai yang menyokong PH pada pilihan raya lepas kerana mereka tertarik dengan manifesto yang menjanjikan bintang dan bulan. Tetapi akhirnya, 'janji telah dicapati' (janji-janji tidak ditunaikan) ... Oleh itu, siapa sebenarnya mengkhianati mandat rakyat? " soalnya.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS