Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PM perlu diberi kebebasan lantik kabinet - Annuar
Diterbitkan:  Mar 4, 2020 2:41 PM
Dikemaskini: 7:48 AM

Setiausaha Agung Umno, Annuar Musa berkata, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin perlu perlu diberikan kebebasan untuk melantik menteri kabinet.

"Kita tidak boleh katakan apa-apa yang sama seperti meletakkan prasyarat kepada perdana menteri.

"Beliau mesti diberi kebebasan sepenuhnya untuk melantik menteri kabinetnya," kata Annuar pada sidang media di ibu pejabat Umno di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada perdana menteri harus mengikut tradisi melantik ketua-ketua parti politik kerajaan untuk memegang jawatan dalam kabinet.

Muhyiddin mengangkat sumpah pada Ahad sebagai perdana menteri gabungan Bersatu-BN-PAS, dengan sokongan tambahan dari GPS.

Spekulasi timbul bahawa Umno menetapkan beberapa syarat sokongan mereka terhadap presiden Bersatu, termasuk agar perbicaraan mahkamah pemimpin Umno jatuh digugurkan.

Bagaimanapun, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi menafikan spekulasi itu. Zahid dan bekas perdana menteri Najib Razak, masih dalam perbicaraan mahkamah atas dakwaan rasuah.

Terdapat juga spekulasi mengatakan bahawa Umno mendesak Muhyiddin melantik pemimpin seperti Zahid dalam kabinet.

Bagaimanapun, ahli majlis tertinggi Umno yang bercakap dengan Malaysiakini dengan syarat tidak mahu namanya disiarkan, menafikan perkara itu.

Sementara itu, Annuar berkata Muhyiddin akan mempunyai ramai bakat untuk dipilih.

"Saya yakin perdana menteri sangat faham... bahawa dia tidak mahu mengulangi kegagalan Pakatan Harapan. Kesan kegagalan tersebut menyebabkan lebih banyak penderitaan untuk rakyat.

"Saya yakin beliau akan meneruskan pembaharuan, meningkatkan ekonomi, mewujudkan pekerjaan, membuat rakyat gembira, dan memerangi masalah yang berkaitan dengan kesihatan, kos sara hidup.

"Beliau akan mempunyai kabinet yang sangat kuat dan berpengalaman, cuma kita perlu tunggu seketika, mungkin satu atau dua minggu," katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS