Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Hotel pesakit Covid-19 jumpa 2 MP disanitasi
Diterbitkan:  Mar 2, 2020 1:53 PM
Dikemaskini: 5:53 AM

Uda Holdings Berhad mengesahkan seorang pegawai atasannya disahkan positif Covid-19.

Hotel di mana beliau bertemu dengan seorang bekas menteri dan bekas timbalan menteri yang mempunyai juga sedang menjalani proses sanitasi.

Pekerja tersebut, dikenali sebagai pesakit ke-26 merupakan pegawai atasan di Khazanah Nasional Berhad dan Uda Holdings Berhad.

Langkah pencegahan turut diperkemaskan di Uda termasuk melibatkan anak syarikat seperti AnCasa Hotel Kuala Lumpur (AHKL) bagi mengatasi penularan wabak ini.

“Pihak pengurusan Uda turut menegaskan bahawa tiada kes dilaporkan di hotel berkenaan membabitkan in-house guest dan perniagaan berjalan seperti biasa.

“Pihak AHKL juga telah mengambil langkah-langkah sewajarnya dengan menggunakan garis panduan (SOP) KKM untuk kerja-kerja sanitize seluruh kawasan hotel,” menurut kenyataan Uda Holdings.

Semalam, Malaysiakini melaporkan pesakit ke-26 dilihat berada dalam jarak beberapa meter sahaja dengan bekas menteri dan bekas timbalan menteri, yang juga ahli parlimen dalam sebuah majlis pada 27 Februari lalu.

Salah seorang ahli parlimen tersebut bersama-sama dengan Perikatan Nasional manakala seorang lagi dengan Pakatan Harapan (PH).

Kedua-duanya menghadiri pelbagai mesyuarat politik yang berasingan ekoran daripada pergolakan politik yang berlaku sejurus selepas kejatuhan kerajaan PH.

Kini, mereka sedang menjalankan proses kuarantin dan menunggu keputusan ujian sekiranya mereka disahkan positif Covid-19 yang dijangkiti dari pesakit ke-26.

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), pesakit ke-26 telah berkunjung ke Shanghai pada pertengahan Januari.

Beliau mengalami demam dan batuk pada 27 Februari iaitu pada hari majlis tersebut berlaku dan kemudiannya disahkan positif Covid-19 pada 29 Februari.

Beliau kini sedang mendapatkan rawatan dan dikuarantin di Hospital Sungai Buloh.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS