Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
'Umno Kelantan terima Tok Pa walau hati pernah terguris'

Umno Kelantan mengambil sikap untuk berjiwa besar dengan menerima anggota parlimen Jeli, Mustapa Mohamed, sebagai rakan sepasukan walaupun terguris hati apabila bekas pengerusi Umno negeri itu memilih untuk bersama parti Bersatu sebelum ini.

Pengerusi Umno Kelantan, Ahmad Jazlan Yaakub berkata, jika mahu mengambil kira soal krisis sudah tentu melebihi perasaan tetapi pengorbanan perlu dilakukan.

"Kita perlu berjiwa besar dalam soal ini. Contoh bekas perdana menteri keenam (Najib Razak) boleh sokong kerajaan hari ini. Kalau nak kira soal krisis sudah tentu melebihi perasaan kita tapi pengorbanan perlu dilakukan.

"Sudah tentu hati orang Umno terguris dengan Tok Pa (Mustapa), namun yang kita perlu lihat adalah kepentingan rakyat, presiden Umno pun jelas kata barang lepas usah dikenang sebaliknya kena fokus untuk meyakinkan rakyat kita lebib baik daripada yang lalu," katanya pada sidang media di Kota Bharu, hari ini.

Beliau beliau berkata demikian ketika ditanya bagaimana penerimaan Umno negeri terhadap Mustapa selepas Umno dan Bersatu kini membentuk kerajaan bersama dalam gabungan Perikatan Nasional.

Sebagai rekod Mustapa menyertai parti Bersatu pada September 2008 sekali gus menyokong kerajaan PH selepas sekian lama bersama Umno.

Sementara itu Ahmad Jazlan menyeru kepada semua ahli Umno supaya menerima Mustapa sebagai satu pasukan.

"Kita terima dalam pasukan dan berada dalam kumpulan sama. Tok Pa kini adalah sebahagian daripada kita," katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS