Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Fama: Tindakan tegas kepada peniaga pasar tani 'ali baba' lesen

Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana peniaga pasar tani yang ‘ali baba’ lesen perniagaan mereka.

Pengarah Kanan Pasar Tani Fama, Abd Rahman Mahmood berkata pihaknya telah menguatkuasakan peraturan pemilik lesen berniaga di pasar tani tidak dibenarkan menyerahkan lesen berkenaan kepada warga asing malah tidak dibenarkan mengambil pekerja warga asing.

“Kami mahu peniaga tempatan yang meniaga di tapak pasar tani di seluruh negara. Perkara yang utama pasar tani diwujudkan untuk membantu peniaga terutamanya petani memasarkan barangan mereka sebagai medan antara pengeluar dan pengguna untuk mendapatkan harga yang murah dari pasaran tempatan.

“Sebab itu kami letakkan harga barangan yang ditawarkan terutamanya barangan segar jauh lebih murah lima hingga 20 peratus berbanding pasaran runcit,” katanya kepada media selepas program tinjauan mesra, Jom Kongsi Rezeki @ Pasar Tani Mega Taman Sena Indah di Kangar, hari ini.

Program tersebut dirasmikan Setiausaha Kerajaan Perlis, Azman Mohd Yusof.

Abd Rahman berkata hukuman dikenakan sama seperti pelaksanaan mata demerit sehingga peniaga mencapai jumlah tertentu dan akan dihadapkan ke bahagian tribunal.

-Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS