Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
IGP: Jangan bawa unsur asing dalam kemelut politik negara
Diterbitkan:  Feb 28, 2020 9:15 PM
Dikemaskini: 1:15 PM

Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador memberi amaran agar mana-mana pihak tidak membawa unsur asing dalam kemelut politik negara.

Katanya, tindakan tegas akan diambil sekiranya perkara seumpanya dapat dikesan.

"Inilah yang kita sebut pengkhianatan ... ini pengkhianatan, jangan bagi orang luar terlibat... kita berada di tengah-tengah perselisihan 'keluarga' di antara parti politik.

"Kita nampaknya dapat menangani pertengkaran dan membawanya ke parlimen, jadi mengapa kita perlu memburukkan situasi? Saya memberi amaran kepada mereka yang cuba membawa unsur-unsur asing, atau merancang untuk membawa mereka ... jika saya kesan (percubaan sedemikian) saya akan mengambil tindakan," katanya seperti dilapor Bernama.

Beliau berkata demikian semasa sidang akhbar dengan Panglima Angkatan Tentera Affendi Buang di luar pintu Istana Negara selepas mengadakan pertemuan dengan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Abdul Hamid juga menasihatkan para pemimpin politik dan penyokong mereka supaya tidak mengeluarkan kenyataan yang provokatif, selain menggesa orang ramai supaya tidak membuat spekulasi yang berniat buruk dan tidak masuk akal.

Beliau berkata polis telah membuka kertas siasatan berhubung dengan penyebaran berita palsu mengenai apa yang berlaku di Istana Negara semalam.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS