Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
OIC gesa India bertindak pada dalang keganasan di New Delhi
Diterbitkan:  Feb 28, 2020 5:55 PM
Dikemaskini: 9:55 AM

GLOBAL | Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) pada Khamis menggesa kerajaan India mengambil tindakan terhadap dalang di sebalik keganasan yang tercetus di New Delhi yang meragut lebih 30 nyawa.

Dalam satu kenyataan, pertubuhan beribu pejabat di Jeddah yang mewakili 57 negara itu turut mengutuk keganasan tersebut.

Sementara itu, angka kematian meningkat kepada 34 dan lebih 200 dilaporkan cedera dalam kekacauan yang tercetus susulan kontroversi mengenai Akta Pindaan Kewarganegaraan (CAA).

Mangsa yang cedera dirawat di Hospital Guru Teg Bahadur.

Rusuhan itu turut menyebabkan penduduk berada dalam ketakutan.

-Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS