Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Berapa ramai yang telah kita sakiti di media sosial? - khutbah
Diterbitkan:  Feb 28, 2020 1:17 PM
Dikemaskini: 5:17 AM

Melihat pada perkembangan penggunaan sosial mutakhir ini, khatib solat Jumaat di Selangor hari ini bertanyakan satu soalan buat renungan para jemaah.

“Berapa ramai yang telah kita sakiti dengan kata-kata dan tulisan kita dalam Facebook, Whatsapp, Instagram dan Twitter?” soal khatib dalam khutbah berjudul Maksiat di Hujung Jari.

Pesan khatib, media sosial haruslah digunakan dengan penuh tanggungjawab, iaitu dengan tidak mengadu domba, sentiasa bersikap amanah dan tidak menyebar berita tidak benar, dan sentiasa mengamalkan sikap semak sebelum sebar.

Malangnya, kata khatib, terdapat mereka yang teruja menyebarkan maklumat tanpa usul periksa, serta seronok dengan perkara dosa dan maksiat.

Malah, kata khatib, ada yang sanggup mengumpat, bertengkar, memaki hamun, serta kafir mengkafir sehingga putus silaturrahim disebabkan perkara kecil.

Tambahnya lagi, jika dahulu perbuatan menyakiti orang lain dilakukan menggunakan kekerasan tubuh badan, kini, semuanya boleh dilakukan dengan fitnah dan cacian, menggunakan tangan sendiri.

“Ingatlah! Suatu masa nanti tangan kita inilah yang akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah SWT atas segala tindakan yang dilakukan.

“[...] Janganlah kita menjadi golongan yang bukan hanya melakukan amal jariah tetapi dosa jariah,” kata khatib lagi.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS