Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Masjid utama anjur solat hajat mohon keadaan politik negara stabil
Diterbitkan:  Feb 27, 2020 12:40 PM
Dikemaskini: 4:40 AM

Masjid utama di bawah pentadbiran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menganjurkan solat hajat bagi memohon doa agar keadaan politik negara stabil serta keamanan dan keharmonian masyarakat berbilang agama dan kaum di negara ini kekal.

Ketua Pengarah Jakim Datuk Paimuzi Yahya dalam kenyataan hari ini berkata solat hajat mulai hari ini akan diadakan di Masjid Negara di Kuala Lumpur, Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya.

Jakim juga memohon kerjasama semua masjid di bawah jabatan dan majlis agama Islam negeri-negeri untuk turut mengadakan solat hajat dari semasa ke semasa, katanya.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS