Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Mukhriz minta diberi masa sebelum keluar kenyataan isu k'jaan Kedah

Menteri Besar Kedah Mukhriz Mahathir meminta supaya diberi masa, sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung perkembangan semasa politik di Kedah.

"Sabar, bagi peluang saya jumpa dengan rakan-rakan sebelum boleh buat kenyataan. Banyak lagi perkara perlu saya lakukan untuk jamin masa depan Kedah," ulas beliau ringkas ketika ditemui pemberita di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di sini, malam ini.

Mukhriz tiba dari Kuala Lumpur dengan penerbangan Firefly pada kira-kira pukul 8.20 malam ini, diiringi isterinya Tok Puan Norzieta Zakaria.

Beliau dijangka mengadakan pertemuan khas dengan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah di kediaman rasminya di Seri Mentaloon di sini, malam ini.

Perkembangan politik di Kedah masih menimbulkan tanda tanya apabila kedua pihak, blok kerajaan mahupun pembangkang, masih 'membisu' mengenai sebarang perubahan pentadbiran kerajaan negeri itu.

Kedah mempunyai 36 kerusi Dewan Undangan Negeri dengan PAS mempunyai 15 kerusi, Bersatu (6), PKR (7), Amanah (4), Umno (2) dan DAP (2).

Kemelut politik yang tercetus sejak Isnin selepas kerajaan Pakatan Harapan (PH) tumbang dan Bersatu mengisytiharkan keluar daripada pakatan itu, menimbulkan tanda tanya akan kedudukan kerajaan negeri pimpinan PH.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS