Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
Mesyuarat tergempar Gerakan tentukan keahlian Azmin dan pengikutnya

Gerakan akan mengadakan mesyuarat tergempar petang ini untuk membincangkan, antara lain, sama ada untuk menerima permohonan keahlian daripada Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan pengikutnya.

"Itu salah satu agenda," kata Presiden Gerakan Dominic Lau ketika dihubungi.

"Agenda utama adalah untuk membincangkan situasi (semasa politik), Gerakan perlu strategi, jika ada perubahan kerajaan, apa peranan yang perlu kita mainkan? Jika status quo, apa pula?

"Sekiranya berlaku pilihan raya, apa perlu kita lakukan? Semua ini perlu dibincangkan,” katanya.

Bagaimanapun, Lau tidak dapat mengesahkan sama ada Azmin dan pengikutnya bersedia menyertai parti itu.

"Jangan tanya saya soalan ini, apabila keadaan jelas, saya akan terangkan kepada kamu semua," katanya.

Secara rasmi, jemputan jawatankuasa pusat parti menyatakan bahawa agenda mesyuarat adalah mengenai "hala tuju parti".

Pada Julai tahun lalu, Lau mengesahkan bahawa beliau didatangi oleh beberapa pemimpin PKR mengenai prospek Azmin dan pengikutnya menyertai parti berusia 52 tahun itu.

Gerakan pernah menjadi parti komponen utama BN sehingga tahun 2008, apabila ia dikalahkan di kubu kuatnya di Pulau Pinang. Sejak itu prestasi Gerakan terus menjunam dan parti itu kini tidak mempunyai seorang pun ahli parlimen di Dewan Rakyat.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS