Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Pemimpin atasan Umno memendekkan pemukiman mereka dengan pemimpin PAS di Pahang untuk menghadiri mesyuarat majlis tertinggi "khas" di ibu pejabat parti mereka di Kuala Lumpur.

Rata-rata pemimpin Umno yang ditemui memberitahu pemberita bahawa mereka tidak tahu agenda mesyuarat itu.

Setiausaha Agung Umno Anuar Musa berkata mesyuarat itu dipanggil oleh Presiden Ahmad Zahid Hamidi.

"Kami hadir untuk tengok apa yang mahu disampaikan presiden," katanya.

Apabila ditanya sama ada wakil parti akan hadir di Istana Negara hari ini, Anuar menjawab: "Hari ini hari Ahad ... tetapi ada ke (alasan untuk ke Istana Negara)?"

Pagi ini menyaksikan dua mesyuarat berasingan yang mencuri tumpuan.

Satu pertemuan melibatkan kira-kira sebelas anggota parlimen yang dikaitkan dengan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali yang diadakan serentak dengan pertemuan empat jam oleh Majlis Tertinggi Bersatu.

Perkembangan itu hadir ketika wujud spekulasi bahawa Dr Mahathir akan menuju ke Istana Negara untuk membentuk kerajaan baru.

Bagaimanapun, tidak banyak butiran yang menyokong spekulasi berkenaan setakat ini.

Sementara itu, dimaklumkan bahawa Ketua Menteri Sarawak Abang Johari Abang Openg akan mengadakan pertemuan berasingan dengan pemimpin atasan Gabungan Parti Sarawak di Kuala Lumpur.

Tujuan mesyuarat itu masih tidak diketahui.

Desas-desus pertukaran kerajaan ini hadir hanya beberapa hari selepas mesyuarat majlis presiden Pakatan Harapan pada hari Jumaat.

Mesyuarat itu memutuskan bahawa Dr Mahathir akan memutuskan sendiri tarikh berhubung penyerahan jawatan perdana menteri.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS