Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dr Mujahid Yusof menyerahkan kepada polis untuk menyiasat kes individu yang didakwa memuat naik komen berunsur fitnah, ugutan dan ancaman bunuh terhadapnya di akaun Facebook baru-baru ini.

Katanya beliau bersedia memberi kerjasama kepada polis untuk membantu siasatan.

“Saya difahamkan laporan polis telah dibuat. Tapi daripada pihak saya, belum lagi (buat laporan polis). Saya tunggu maklum balas polis,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri program Ziarah Kasih Rahmah (Zikir) 2020 peringkat zon utara, di George Town, Pulau Pinang hari ini.

Semalam, Pertubuhan Gerakan Martabat Pejuang Negara (GMPN) membuat laporan polis terhadap lima individu yang didakwa memuat naik komen berunsur fitnah, ugutan dan ancaman bunuh terhadap Mujahid.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS