Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Wanita warga Malaysia pulih dari jangkitan Covid-19
Diterbitkan:  Feb 23, 2020 12:08 PM
Dikemaskini: 4:08 AM

Wanita Malaysia berusia 40 tahun menjadi pesakit terbaru pulih daripada jangkitan Covid-19.

Perkembangan ini membawa jumlah yang pulih dari jangkitan itu di Malaysia sebanyak 18 orang.

Empat pesakit lain masih dirawat di hospital dan berada dalam keadaan stabil, menurut Kementerian Kesihatan.

Wanita itu adalah kes yang ke-13 mengesahkan Covid-19 di Malaysia dan didiagnosis pada 5 Feb.

Dia dirawat di hospital Sultanah Bahiyah di Kedah.

Setakat ini, Covid-19 telah menjangkiti 78,724 orang di seluruh dunia, kebanyakannya di China. Wabak itu sudah mengorbankan 2,462 nyawa, dengan 20 kematian berlaku di luar China.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS