Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita

Korea Selatan mencatatkan sebanyak 142 lagi kes baru Covid-19 dalam tempoh 24 jam lalu, menjadikan keseluruhan orang yang dijangkiti seramai 346, lapor agensi berita Sputnik memetik Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea Selatan (KCDC).

Menurut KCDC, 103 kes direkodkan di wilayah Gyeongsang Utara, 28 di bandar Daegu dan selebihnya di lain-lain negeri dan wilayah.

Majoriti kes baru didaftarkan di hospital di daerah Cheongdo County tidak jauh dari Daegu.

Covid-19, pertama kali dikesan di Wuhan, wilayah Hubei, China, pada Disember lalu, virus itu telah merebak ke lebih 25 negara. Lebih 77,000 orang dijangkiti di seluruh dunia menyaksikan lebih 2,200 kematian.

-Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS