Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kerana pemilikan rumah, wanita maut ditetak adik kandung

Angkara tidak berpuas hati dengan soal pemilikan rumah, seorang wanita maut ditetak dipercayai oleh adik kandungnya dengan menggunakan parang dalam kejadian di Jinjang Utara, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Sentul, ACP S Shanmugamoorthy Chinniah berkata kejadian berlaku pada 6.30 petang ketika wanita itu dilaporkan baru sahaja sampai di rumah setelah pulang daripada kerja, dan siasatan awal mendapati adik lelakinya tiba-tiba sahaja mengamuk dan menetak kepalanya beberapa kali dengan sebilah parang.

“Suspek dikatakan tidak berpuas hati dengan pemilikan rumah yang diduduki oleh si mati bersama keluarganya. Susulan kejadian itu polis berjaya menahan suspek yang berusia 30-an dan merampas parang yang digunakan,” katanya ketika dihubungi.

Mangsa yang berusia lewat 30-an disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.

Menurut Shanmugamoorthy, permohonan reman terhadap suspek akan dilakukan hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS