Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
Covid 19: Rakyat Israel langgar kuarantin boleh dipenjara hingga 7 tahun

GLOBAL | Rakyat Israel yang melanggar arahan kuarantin COVID-19 boleh dikenakan hukuman penjara tujuh tahun, memetik kenyataan Kementerian Kesihatan pada Khamis lapor agensi berita Anadolu.

Dalam satu kenyataan, kementerian itu berkata kira-kira 50 orang yang telah melawat negara di Asia Timur tidak mengikuti prosedur kuarantin selama 14 hari seperti yang ditetapkan.

Mereka yang melanggar arahan kuarantin di rumah boleh dihukum penjara tiga tahun, kata kenyataan itu.

Kementerian itu juga meminta orang ramai membuat laporan jika terdapat individu yang melanggar aharan kuarantin.

Pada Selasa, Kementerian Dalam Negeri mengumumkan warga asing yang melawat Thailand, Singapura dan Hong Kong, serta Macau, tidak dibenarkan memasuki negara itu.

- Bernama 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS